1.
Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan
nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.
2. Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3
kali secara perlahan-lahan.
3. Minum air dengan kuantiti yang banyak
terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.
4. Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi
mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
5. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok.
Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok sehingga korang benar-benar telah
berjaya untuk berhenti merokok.
6. Mengelakkan diri daripada suasana atau
situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama
kawan yang merokok.
7. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula berpudina
dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
8. Membasuh tangan selalu jika teringin merokok.
9. Meregangkan otot dengan melakukan senaman
regangan apabila rasa mengantuk.
10. Meditasi iaitu dengan menenangkan diri
supaya dapat berfikir dengan rasional.
11. Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar
dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.