Untuk meningkatkan prestasi kerjaya, ia tidak semestinya korang sentiasa mengambil hati bos atau bekerja dengan terlebih rajin sampai hari-hari overtime free. Di sini ada 10 cara untuk bekerja dengan lebih bijak untuk meningkatkan kecekapan di samping memperbaiki personaliti.
Tips - 10 Cara Untuk Mengurangkan Stress dan Meningkatkan Kecekapan Bekerja
- Tulis senarai check list tentang progress projek yang korang lakukan. dan tandakan mana-mana yang telah siap.
- Jika korang tidak dapat membalas email atau memberi respon kepada meeting, berehat 5 minit, dan ia akan memberikan korang cukup masa untuk membuat respon.
- Baca sesuatu yang mecabar minda anda untuk berfikir dengan lebih kritikal dan membuat analisa. Banyakkan membaca info baru dan mencabar setiap hari. Ini boleh dilakukan dengan membaca suratkhabar selama 15 minit.
- Buat setiap kerja anda dengan baik untuk mendapat pengiktirafan daripada bos. Jika korang dapat kerja yang mempunyai jutaan kerja-kerja yang kecil, pecahkannya dengan membuat kategori. Setkan masa dan buat seberapa banyak kerja yang boleh dilakukan dalam jangka masa tersebut.
- Jika anda mendapat satu isu yang mencabar atau projek yang membuatkan korang terfikir untuk menunda kerja tersebut, Luangkan masa, 30 - 60 minit eksclusif untuk projek itu sahaja, jangan fikirkan benda-benda lain. kalau terlintas difikiran untuk menunda kerja tersebut, set dalam kepala dengan mengulang perkataan "Saya akan lakukan Sekarang juga!".
- Bekerja sengan menyelitkan aktiviti fizikal setiap 20 minit. Ini boleh dilakukan dengan berjalan untuk mengambil air, atau pergi ke rest room. (Bukannya berjalan pergi merokok :D)
- Jika korang benar-benar letih untuk bekerja, korang boleh mengambil cuti setengah hari ataupun sehari untuk merehatkkan otak dan badan. Jangan pula tidur dalam office.
- Simpankan fail yang mengandungi maklum balas kerja yang positif untuk dijadikan motivasi dan rujukan masa akan datang.
- Jangan kerap menunda kerja yang diamanahkan, ia akan menimbulkan kesesakan jalan raya. Pilih kerja yang lebih senang terlebih dahulu dan siapkannya. Korang mungkin mendapat momentum daripadanya dan teruskan membuatkan kerja-kerja yang lain.
- Jangan membenarkan kaedah telekomunikasi yang canggih masa kini menggangu atau menetapkan apa yang korang perlu buat dalam sehari. Ambil masa lebih kurang 30 minit untuk membalas panggilan telefon, menghantar sms, dan juga e-mail.
OK. Sila baca Infografik di bawah untuk info yang lebih menarik..