Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.
Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
- Sediakan botol yang ada kepala spray. Masukkan air
yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke
atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia
bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan
menutup lubang nafas mereka.
- Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan
pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
- Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti
botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbuk kopi atau koko dalam botol.
- Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa
nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak
keluar.
- Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
- MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
- Jangan biarkan sampah sarap di rumah
- Selalu cuci bilik air
- Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah
dan sekelilingnya
- Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas
buruk. Lipas suka makan kertas
- Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan
tidak bertaburan ke atas lantai.
- Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang
duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat
merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah
nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
- 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari
almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di
rumah.
- Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau
sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas
seronok bau peluh.
- Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam
rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Mengurangkan lebuhraya lipas
- Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai
atau tingkap dgn silicon atau kapur.
- Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn
grill yang rapat.
- Begitu juga di ceiling.
Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih,
maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
- Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee
kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
- Dua bahagian tepung gandum
- Satu bahagian koko
- Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil.
Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet
kat muka supaya hidung tertutup.
- Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet
dapur dan belakang almari dan sebagainya.
- BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada
anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati
dan tak sempat membesar dan membiak.
Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.
Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.