Monday, August 13, 2012

Apa yang Gadis Suka Perhatikan

 


Anthony mahu mengetahui yang mana satu bahagian badannya perempuan suka lihat apabila mereka pertama kali bertemu dengannya. Empat kamera tersembunyi yang diletakkan pada badan untuk menjalankan eksperimen ini: Kamera kelangkang, kamera bisep, kamera belakang, dan kamera pada cermin mata (jadi penonton sentiasa boleh lihat apa yang / yang Anthony melihat). Semua video yang dirakam HD DVR yang diletakkan di dalam bag sandang Anthony. Anthony berjalan di sekitar New York City dan mendekati gadis yang berbeza, dan bertanyakan mereka arah. 

Apa yang ANDA lihat apabila anda mula-mula bertemu seorang lelaki muda yang kacak? Dada, kakinya, mukanya, gigi beliau?

Jom kita saksikan video ni



Video sekadar hiburan

Sunday, August 12, 2012

Al-Quran

 






Mari kita hayati bacaan ayat - ayat suci Al-Quran disamping itu kita boleh juga muat turun untuk dijadikan koleksi kita semua.

 Selamat beramal



1- DOWNLOAD

http://www.box.net/shared/3nh7l94yo7 (Mishary Rashid) (KLIK —> Download folder)

http://www.box.net/shared/85td3syv1q (Saad al-Ghamdi) (KLIK —> Download folder)

ATAU

http://nurjeehan.hadithuna.com/download/ (Download satu persatu)

5 Tanda Perempuan Yang Baik Maruahnya Untuk Dikahwini

 
1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah S.W.T.


2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.



3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah S.W.T.



4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.



5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami,melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami. 



Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi. 



Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulen maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah S.A.W. sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah S.W.T. yang besar. Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.a : 

“Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya.” 



Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah S.A.W. : 

“Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya.” 



Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah. 



Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam. 



Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalakkan berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar. 



Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya : 

“Janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal.” 



Rasulullah S.A.W. menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda. Rasulullah S.A.W. bersabda : 

“Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya.” 



Rasulullah S.A.W. menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah. 



Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin. 



Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula. 



Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih sayang antara kedua suami isteri. Rasulullah S.A.W., begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calon isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda Baginda S.A.W. : 

“Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti.” 



Begitulah penekanan Rasulullah S.A.W. ke atas umatnya,baginda bangga dengan umat yang ramai kerana disitulah letaknya kekuatan agama Islam. 



Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama,memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya : 

“Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya,dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan.” 



Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis. 



Walau bagaimanapun, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak. 



Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : 

“Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman.” 



“Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.”

Wednesday, August 8, 2012

Tanda Terdapat Gangguan Jin Dalam Rumah

 

1. Masakan selalu dan akan cepat basi ( rosak ).
  

2.  Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh ke lantai.

3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam.
  
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah.

5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN  ( Tahap Pertama )

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1. Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seorangpun."

2. Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita di dalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :


  • Al-Fatihah
  • Ayat Kursi
  • At-Takathur
  • Az-Zalzalah
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan dilarang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.



3. Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

"Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang."

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

Sunday, August 5, 2012

Tips Berhenti Merokok

 
1. Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.


2. Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.

3. Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.

4. Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

5. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok sehingga korang benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok.

6. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.

7. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula berpudina dan buah-buahan. Elakkan yang manis.

8. Membasuh tangan selalu jika teringin merokok.

9. Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

10. Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.

11. Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.

Saturday, August 4, 2012

Santau

 
Ramai yg kena santau makanan melalui Kedai-kedai makan yg meletak santau pelaris...
baca 7x "bismillah allazi la yadhurru" ketika hendak makan,
boleh pecah bekas makanan yg ada santau tu.

-------------------------------------------------------------


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma'as Mihi Shai Un Fil Ardhi Wala Fis Sama I Wahuwas Sami Ul Alim)

Ertinya: Dengan Nama Allah yang tidak akan memberi mudarat bersama namaNya sesuatu apa pun di langit dan di bumi , dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Sesiapa yang membaca doa ini apa-apa pun tidak akan dapat memberi mudarat padanya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, IBn Majah dan Musnad Ahmad
 
 

Thursday, August 2, 2012

10 Cara Untuk Mengurangkan Stress dan Meningkatkan Kecekapan Bekerja

 


Untuk meningkatkan prestasi kerjaya, ia tidak semestinya korang sentiasa mengambil hati bos atau bekerja dengan terlebih rajin sampai hari-hari overtime free. Di sini ada 10 cara untuk bekerja dengan lebih bijak untuk meningkatkan kecekapan di samping memperbaiki personaliti.

Tips - 10 Cara Untuk Mengurangkan Stress dan Meningkatkan Kecekapan Bekerja

  1. Tulis senarai check list tentang progress projek yang korang lakukan. dan tandakan mana-mana yang telah siap.
  2. Jika korang tidak dapat membalas email atau memberi respon kepada meeting, berehat 5 minit, dan ia akan memberikan korang cukup masa untuk membuat respon.
  3. Baca sesuatu yang mecabar minda anda untuk berfikir dengan lebih kritikal dan membuat analisa. Banyakkan membaca info baru dan mencabar setiap hari. Ini boleh dilakukan dengan membaca suratkhabar selama 15 minit.
  4. Buat setiap kerja anda dengan baik untuk mendapat pengiktirafan daripada bos. Jika korang dapat kerja yang mempunyai jutaan kerja-kerja yang kecil, pecahkannya dengan membuat kategori. Setkan masa dan buat seberapa banyak kerja yang boleh dilakukan dalam jangka masa tersebut.
  5. Jika anda mendapat satu isu yang mencabar atau projek yang membuatkan korang terfikir untuk menunda kerja tersebut, Luangkan masa, 30 - 60 minit eksclusif untuk projek itu sahaja, jangan fikirkan benda-benda lain. kalau terlintas difikiran untuk menunda kerja tersebut, set dalam kepala dengan mengulang perkataan "Saya akan lakukan Sekarang juga!".
  6. Bekerja sengan menyelitkan aktiviti fizikal setiap 20 minit. Ini boleh dilakukan dengan berjalan untuk mengambil air, atau pergi ke rest room. (Bukannya berjalan pergi merokok :D)
  7. Jika korang benar-benar letih untuk bekerja, korang boleh mengambil cuti setengah hari ataupun sehari untuk merehatkkan otak dan badan. Jangan pula tidur dalam office.
  8. Simpankan fail yang mengandungi maklum balas kerja yang positif untuk dijadikan motivasi dan rujukan masa akan datang.
  9. Jangan kerap menunda kerja yang diamanahkan, ia akan menimbulkan kesesakan jalan raya. Pilih kerja yang lebih senang terlebih dahulu dan siapkannya. Korang mungkin mendapat momentum daripadanya dan teruskan membuatkan kerja-kerja yang lain.
  10. Jangan membenarkan kaedah telekomunikasi yang canggih masa kini menggangu atau menetapkan apa yang korang perlu buat dalam sehari. Ambil masa lebih kurang 30 minit untuk membalas panggilan telefon, menghantar sms, dan juga e-mail.
OK. Sila baca Infografik di bawah untuk info yang lebih menarik..



Wednesday, August 1, 2012

Mengawal Kemarahan Jangka Pendek

 


Mengawal Kemarahan Jangka Pendek 

1. Berhenti dengan segera dan berehat sebentar jika anda menyedari bahawa anda marah. Hentikan apa sahaja yang anda lakukan, lepaskan diri daripada apa yang menyakitkan hati, dan tarik nafas panjang-panjang. Ini boleh dilakukan untuk membuatkan anda mudah bertenang. Cubalah di dalam situasi ini:

- Jika anda sedang mengalami kemarahan sewaktu memandu, Berhenti di tepi jalan raya dan matikan kereta.
- Jika anda marah di tempat kerja, pergi ke bilik rehat atau keluar untuk seketika.
- Jika anda sedang bingung di rumah, pergi ke ruang persendirian (seperti bilik mandi) atau berjalan-jalan.

2. Menarik nafas panjang. Jika hati anda sedang bergegar dan hampir-hampir nak meletup menahan kemarahan, perlahankannya dengan mengawal pernafasan anda. Menarik nafas dalam kiraan 3, menahan nafas dalam paru=paru selama 3 saat, dan menghembuskannya secara perlahan-lahan. Tumpukan untuk menarik nafas dan jangan fikirkan apa-apa tentang kemarahan anda. Ulang seberapa banyak kali yang perlu.

3. Pergi ke "tempat yang boleh membuatkan anda gembira". Jika anda masih sukar untuk menenangkan diri, bayangkan diri anda sedang berada di tempat yang amat santai. Ia boleh menjadi hutan yang tenang, sebuah pulau bersendirian dan apa-apa lokasi yang boleh membuatkan anda tenang dan damai. 

4. Fikir secara positif. Apabila anda bersedia, analisa semula situasi yang menimbulkan kemarahan dari sudut fikiran positif. Sebagai contoh, jika anda mengalami kemarahan jalan raya, anda boleh cuba: "Lelaki itu hampir-hampir melanggar saya dari tepi, tetapi, mungkin dia sedang mengalami kecemasan dan saya mungkin tidak lagi dapat berjumpa dengannya. Saya bertuah kerana saya masih hidup dan kereta saya tidak terkena. Saya bernasip baik kerana masih boleh memandu."

5. Meminta sokongan daripada rakan-rakan. Jika anda masih marah, berkongsilah dengan rakan yang rapat dengan anda atau orang yanganda percayai boleh membantu anda.

6. Menukarkan punca kemarahan anda menjadi Lawak jenaka. Ataupun membuat lawak? Apabila lawak yang anda lakukan berjaya membuatkan orang lain ketawa, kemarahan tadi bertukar menjadi gembira. Tetapi jika sebaliknya?