Wednesday, August 1, 2012

Mengawal Kemarahan Jangka Pendek

 



Mengawal Kemarahan Jangka Pendek 

1. Berhenti dengan segera dan berehat sebentar jika anda menyedari bahawa anda marah. Hentikan apa sahaja yang anda lakukan, lepaskan diri daripada apa yang menyakitkan hati, dan tarik nafas panjang-panjang. Ini boleh dilakukan untuk membuatkan anda mudah bertenang. Cubalah di dalam situasi ini:

- Jika anda sedang mengalami kemarahan sewaktu memandu, Berhenti di tepi jalan raya dan matikan kereta.
- Jika anda marah di tempat kerja, pergi ke bilik rehat atau keluar untuk seketika.
- Jika anda sedang bingung di rumah, pergi ke ruang persendirian (seperti bilik mandi) atau berjalan-jalan.

2. Menarik nafas panjang. Jika hati anda sedang bergegar dan hampir-hampir nak meletup menahan kemarahan, perlahankannya dengan mengawal pernafasan anda. Menarik nafas dalam kiraan 3, menahan nafas dalam paru=paru selama 3 saat, dan menghembuskannya secara perlahan-lahan. Tumpukan untuk menarik nafas dan jangan fikirkan apa-apa tentang kemarahan anda. Ulang seberapa banyak kali yang perlu.

3. Pergi ke "tempat yang boleh membuatkan anda gembira". Jika anda masih sukar untuk menenangkan diri, bayangkan diri anda sedang berada di tempat yang amat santai. Ia boleh menjadi hutan yang tenang, sebuah pulau bersendirian dan apa-apa lokasi yang boleh membuatkan anda tenang dan damai. 

4. Fikir secara positif. Apabila anda bersedia, analisa semula situasi yang menimbulkan kemarahan dari sudut fikiran positif. Sebagai contoh, jika anda mengalami kemarahan jalan raya, anda boleh cuba: "Lelaki itu hampir-hampir melanggar saya dari tepi, tetapi, mungkin dia sedang mengalami kecemasan dan saya mungkin tidak lagi dapat berjumpa dengannya. Saya bertuah kerana saya masih hidup dan kereta saya tidak terkena. Saya bernasip baik kerana masih boleh memandu."

5. Meminta sokongan daripada rakan-rakan. Jika anda masih marah, berkongsilah dengan rakan yang rapat dengan anda atau orang yanganda percayai boleh membantu anda.

6. Menukarkan punca kemarahan anda menjadi Lawak jenaka. Ataupun membuat lawak? Apabila lawak yang anda lakukan berjaya membuatkan orang lain ketawa, kemarahan tadi bertukar menjadi gembira. Tetapi jika sebaliknya?

    Pilih :
  • atau
  • untuk komen