Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Akses Internet

 

WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) hari ini memberi amaran bahawa lebih daripada 300,000 pengguna internet di seluruh dunia mungkin kehilangan akses internet pada Julai ini susulan satu penipuan bernilai jutaan ringgit.

Bagaimanapun, pengguna boleh menarik nafas lega apabila FBI berjaya mencipta langkah penyelesaian yang mana mangsa siber itu hanya perlu melayari dcwg.org atau http://dnschanger.detect.my/,

 bagi membolehkan mereka menyemak sama ada dijangkiti virus sekali gus menghapuskan sebarang perisian yang mendatangkan ancaman. Terdahulu, enam rakyat Estonia ditahan atas tuduhan penipuan pada November lalu, dua tahun selepas FBI melancarkan Operasi Hantu Klik bagi mengesan kumpulan yang menyerang komputer di seluruh dunia dengan malware “DNS Changer” mereka, yang berfungsi mendedahkan komputer itu kepada virus.

Sumber : Bharian

Friday, May 11, 2012

Antivirus Percuma Dari Facebook

 


Berita baik buat  facebooker yang tiap saat mengakses laman sesawang sosial tersebut kerana pihak facebook telah memberikan antivirus untuk keselamatan sistem anda secara percuma. Facebook dengan bekerjasama dengan beberapa syarikat antivirus terkemuka  telah menyediakan empat antivirus percuma di Antivirus Marketplace. Tujuannya adalah untuk memberikan tahap keselamatan kepada facebooker ketika berinternet. Dengan antivirus yang di sediakan oleh facebook antara lain ialah Trend Micro Security, Sophos Anti-Virus for Mac Home Edition, McAfee Internet Security, Norton Antivirus, Microsoft Security Essentials, dan Sophos Anti-Virus for Mac Home Edition.

Selain memberikan kemudahan muat turun percuma, syarikat antivirus tersebut juga akan memberikan tips-tips menggunakan jejaring sosial dengan selamat. Artikel-artikel tersebut akan boleh dibaca di blog Security Facebook. "Dengan antivirus tersebut, pengguna internet, khususnya pengguna Facebook akan mendapatkan keselamatan, samada ketika melayari  internet mahupun melindungi komputernya sendiri," kata Facebook. tidak hanya antivirus yang di berikan oleh syarikat tersebut tetapi juga memberikan senarai link-link URL yang masuk dalam senarai hitam. Tentunya laman tersebut memang berbahaya bagi pengguna internet. Senarai hitam URL tersebut diperolehi dari database URL black list di McAfee, Norton, Microsoft, Sophos, dan Trend Micro. perlu kita ketahui bahawa kandungan-kandungan yang ada di facebook adalah kurang daripada empat peratus daripada kandungan berkongsi adalah spam. Untuk itu dengan adanya antivirus tersebut pihak facebook berharap kandungan yang semacam itu semakin berkurangan atau bahkan tidak ada lagi spam. Bagi anda yang ingin mendownload antivirus diatas, sila klik link ini

(sumber: PC Mag)

Wednesday, April 4, 2012

Delete Spesifik virus dengan AVG removal tools

 


Pada hari ini saya ingin kongsikan kepada anda semua satu tools yang mampu menyingkirkan virus degil yang mungkin menghuni laptop/PC anda selama ini. Tool yang saya maksudkan adalah AVG Removal Tools

AVG Removal Tools adalah file executable sederhana (exe.) yang hanya mengubati dan membersihkan komputer anda dari virus yang khusus seperti Conficker, VBS / ILOVEYOU, Win32/Expiro dan banyak lagi. "Malware removal tools yang disediakan adalah Percuma untuk anda "download" yang mampu menghapuskan virus popular yang menjangkiti PC anda.

Jadi ini bukan sebuah antivirus tetapi ini adalah alat yang boleh anda gunakan untuk Delete Spesifik virus misalnya PC anda terkena virus conficker dan antivirus anda yang sudah dipasang pada PC anda tidak boleh memadamnya anda boleh menggunakan ini sebagai jalan keluar dari jangkitan tersebut dengan AVG removal tools.

Download AVG removal tools

Monday, April 2, 2012

Cara untuk pastikan antivirus anda berfungsi atau tidak

 

Anda selalu fikir kalau anda gunakan antivirus yang paling bagus sekali mesti virus tak berani nak masuk dah kan?

Ada yang cuma pakai antivirus percuma, tapi jarang-jarang masuk virus. Jadi, apa bezanya orang yang pakai antivirus percuma dengan original ni? Antaranya yang original ni memangla lebih baik dari yang percuma. Tapi kalau tak pandai jaga, memang jadi sarang pembiakan virus jugak.

Saya pun pakai antivirus percuma jugak tapi versi berbayar. Macam mana tu? Hehe. Ada la..Mana boleh bagitau.:-P. Nak tau kena la jadi pengunjung setia blog ni..hehe. Bila anda pakai antivirus, anda pasti ke yang antivirus tu berfungsi ataupun tak? Sebabnya ada je antivirus tapi tak berfungsi. Baik buang je dari ada. Buat berat komputer jer.

Jadi, macam mana nak cuba try test antivirus tu berfungsi ke tak untuk melawan virus yang jahat tu???

Jom cuba try test cara ni. Cara ni tak bahaya pun. Bukan virus tapi program yang dibuat untuk test samada antivirus tu berfunsi atau tak.

Caranya macam ni:

1.Buka notepad

2. Copy benda kat bawah ni dan pastekan jer ke dalam notepad

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

3. Save dengan nama anda sendiri pun boleh tapi mesti diakhiri dengan .exe. Contohnya macam ni “ SemakVirus.exe ” Gantikan .txt dengan .exe. Save kat desktop.

4. Kalau antivirus anda tu detect sebagai virus, maknanya antivirus anda tu berfungsi dengan baik. Tapi kalau tak ada perubahan langsung, maknanya antivirus anda tengah tido ataupun memang dah tak berguna. Tunggu apa lagi, ganti je dengan yang baru..

Selamat mencuba !!!!


Wednesday, March 28, 2012

Pelbagai Setup Komputer yang berguna untuk anda

 

Dibawah ini saya kongsikan kepada anda beberapa tip & info komputer yang mungkin berguna buat anda.

Modem Senyap
 Untuk menghilangkan bunyi bising modem semasa dialing, anda perlu :
 - Klik Start Button
 - Pergi kepada Setting, Control Panel
 - Klik Modem
 - Pergi kepada Properties
 - Klik pada tab Connection di atas
 - Klik pada butang Advanced
 - Pada kekotak Extra Setting taipkan N0

Sambungan Modem
 Anda tentu marah dan kecewa apabila modem anda tiba-tiba terputus. Ini adalah tip untuk terus bersambung.
 Klik Start, Setting dan Control Panel. Klik ikon Modems. Klik Properties, Connection dan klik bebutang Advanced. Dalam kekotak teks Extra Settings, taipkan S10=50.
 Arahan ini adalah untuk mengarahkan modem bersambung sebanyak tambahan lima saat jika talian terputus.

Reset Bios
 Shut downkan computer. Buka casing cpu cari mana bateri bios tu ... di situ ada satu bahgian jumper ( 3 pin ) dengan satu 'jumper caps' yang tutup 2 daripada 3 pin tu...!!
 ( ditutup pada pin no 1&2 - )

 Buka jumper caps tu pada 2 pin ( no 1&2 ) dan cucuk balik pada jumper pada pin no 2& 3 ...
 ( tgh dan pin yg tak ditutup pada awal setting tadi )...
 biar selama 5 saat... dan pasang semula spt asal...
 masukkan jumper caps pada pin 1&2 semula. Semasa melakukannya pastikan offkan suis letrik.

Melajukan Dail tone
 Start menu > Setting > Control Panel > klik Modem
 Properties > Connection > Advanced > Dlm kolum Extra Settings sila taipkan s11=50

Restart komputer dengan 2 klik sahaja
 1. Cipta New Shortcut yg baru pd Desktop.
 2. Pada ruang command line, paste arahan ini:
 C:\WINDOWS\RUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindowsEx 0x2
 3. Klik Next
 4. Namakan shortcut sebagai Restart
 5. Klik Finish

Mengubah Registration Windows
 Kalau nak ubah Registration Windows menggunakan registry file
 Pergi kat HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion
 klik kanan > New > String value
 Kalau Registered Owner rename file
 rename kan file tadi menjadi > RegisteredOwner
 pastu dwi klik dan taip le Owner name
 Cth: WarCrewz

Kalau Register Organizer
 rename kan file tadi menjadi > RegisteredOrganization
 pastu dwi klik dan taip le Company Organizer
 Cth: WarCrewz Inc.
 Pastu klik kanan kat my computer > properties

Memori (RAM) tak cukup
 1.select wallpaper none
 2.jangan bukak lebih dari 1 program dalam sesuatu masa...sat gi 'hang'
 3.off semua program yg run kat windows..tekan ctrl+alt+del off semua program kecuali 'explorer' & 'systray'

Scan Disk & Disk Defragmenter 1

 Biasanya kalau kita nak jalankan program ini kita akan buka melalui Start > Program > Accessories > System tools > Scandisk/Disk Defragmenter.
 Program ni selalunya akan memakan masa yang panjang. Jadi tips untuk mempercepatkan program ini, kita 'end task' program-program lain yg sedang berjalan semasa kita dalam 'environment' windows. Caranya begini.
 1. Tekan serentak CTRL + ALT + DEL.
 2. Apabila keluar satu paparan window 'close program', kita highlightkan program-program lain selain EXPLORER dan kita klik END TASK untuk menutup program tersebut.
 Buatlah satu persatu dengan cara CTRL + ALT + DEL (End Task) sehingga habis program tersebut KECUALI program EXPLORER sahaja yang tinggal. Sesudah itu barulah kita mulakan program Scandisk atau pun Disk Defragmenter yang nak kita jalankan.

Scan Disk & Disk Defragmenter 2
 On komputer anda dalam save mode, kemudian buatlah scandisk dan defragment seperti biasa. Lepastu restart komputer anda. Pasti anda dapat scandisk dan defrag dengan lebih cepat. (Tidak sesuai untuk window XP)

Penggunaan system restore bagi Windows XP
 system restore ini digunakan untuk merestore semua file ataupun apa-apa saja yang telah diinstall dalam komputer anda pada keadaan asal. bagi windows xp terdapat satu system restore wizard yang membolehkan anda me'restore' file anda mengikut tarikh2 tertentu dengan syarat mesti terdapat satu 'restore point'.
 cara-cara hendak membuat restore bagi winXP:
 1. buka help and support dan taipkan 'system restore' pada ruang searchbox.
 2. banyak menu link yang keluar dan pilih "run the system restore wizard".
 3. satu menu baru keluar dengan ada dua/tiga pilihan dan buat pilihan anda sama ada untuk merestore file ataupun membuat restore point.

Shortcut Untuk ShutDown, Restart
 Memula buat shortcut > Klik kanan desktop > New > Shortcut > Rundll.Exe
 Lepas tu klik kanan kat shortcut tadi letak command kat bawah ni
 Untuk ShutDown...
 Shut Down - C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindows
 Untuk Restart Komputer
 Restart - C:\WINDOWS\RUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindowsEx 0x2
 Untuk Restart Komputer tanpa rebooting
 Faster Restart - C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindowsexec

Shortcut Key Windows
 Untuk melajukan serta memudahkan kerja anda, gunalah shorcut key yang disenaraikan di bawah ini..
 window+d untuk minimize/maximize window
 window+e untuk buka windows explorer
 window+r untuk buka RUN
 window+f untuk SEARCH
 window+l log off user
 window+u utility manager

Singkatkan reboot
 Reboot selalunya digunakan untuk mengemaskini sistem komputer setelah sesebuah perkakasan telah dimasukkan atau sesuatu software di save didalam komputer dimana arahan meminta komputer di rebootkan. Kita 'restart' komputer kita dengan adanya arahan restart pada menu SHUTDOWN (untuk OS Windows) tapi disini terdapat satu cara untuk mempercepatkan reboot. Anda pilih 'restart', kemudian sebelum anda menekan 'ok', anda tekan dan tahan (hold down) butang shift sebelah kanan keyboard diikuti dengan butang 'ok'. Dengan cara ini, komputer akan 'skip' detecting hardware dan konfigurasi sistem dan ini menjimatkan masa anda yang mempunyai banyak software dan hardware untuk di'install'

Mengubah Icon Pada Start Menu

 Nak Ubah Icon kat start menu
 memula pegi kat regedit ( start > run > regedit )
 cari ni HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\explorer\Shell Icons
 klik kanan New > String Value Letak no 19 sebagai name kat string value tu pastu dwi klik letaklah tempat file tu cth: "C:\My Documents\Icon\Marjuana.ico"
 pastu restart computer Ngam Whoo...

 Kalau nak ubah Documents kat start menu pun cam tu cuma ubah no 19 ke  no 20 dan letak lah location

 Contoh
 No 19 - Icon Program
 No 20 - Icon Documents
 No 21 - Icon Settings
 No 22 - Icon Find
 No 23 - Icon Help
 No 24 - Icon Run
 No 27 - Icon ShutDown
 No 43 - Icon Favorites
 No 44 - Icon Log Off

Lajukan Defrag
 1. Klik Kanan My Computer.
 2. Properties
 3. Performance.
 4. Virtual Memory.
 5. Let me specify my own virtual memory settings.
 6. Disable Virtual Memory.
 7. OK, Yes, Close & restart komputer.
 8. Defrag.
 9. Ulang Langkah 1 - 4. (Untuk mengembalikan Virtual Memory kepada keadaan asal).
 10. Let Windows manage my virtual memory settings.
 11. OK & restart komputer.

Jika PC selalu reboot sendiri berulangkali
 Jika PC anda selalu reboot berulangkali hingga menganggu kerja anda, tak sempat nak save file dan sebagainya, Buka chasing, tanggalkan RAM dan batri bios. Hidupkan PC selama 5 minit. Ia akan berbunyi tit tit kerana ketiadaan RAM (Jangan Takut). Lepas 5 minit tutup PC anda dan pasangkan semula RAM, batri bios dan chasing kemudian hidupkan PC anda seperti biasa. InsyaAllah tidak akan selalu reboot berulangkali lagi kecuali ada kerosakkan hardware seperti RAM contohnya. Jangan gunakan RAM yang berlainan jenama kerana ia menjadikan pc tidak setabil.

Tanda - tanda jika pc kita telah dijangkiti virus

 

Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus?

Tanda - tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut : -


  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
  • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  • Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
  • Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
  • Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  • Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
  • Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
  • Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
  • Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
  • Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
  • Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
  • Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.