Friday, May 11, 2012

Antivirus Percuma Dari Facebook

 



Berita baik buat  facebooker yang tiap saat mengakses laman sesawang sosial tersebut kerana pihak facebook telah memberikan antivirus untuk keselamatan sistem anda secara percuma. Facebook dengan bekerjasama dengan beberapa syarikat antivirus terkemuka  telah menyediakan empat antivirus percuma di Antivirus Marketplace. Tujuannya adalah untuk memberikan tahap keselamatan kepada facebooker ketika berinternet. Dengan antivirus yang di sediakan oleh facebook antara lain ialah Trend Micro Security, Sophos Anti-Virus for Mac Home Edition, McAfee Internet Security, Norton Antivirus, Microsoft Security Essentials, dan Sophos Anti-Virus for Mac Home Edition.

Selain memberikan kemudahan muat turun percuma, syarikat antivirus tersebut juga akan memberikan tips-tips menggunakan jejaring sosial dengan selamat. Artikel-artikel tersebut akan boleh dibaca di blog Security Facebook. "Dengan antivirus tersebut, pengguna internet, khususnya pengguna Facebook akan mendapatkan keselamatan, samada ketika melayari  internet mahupun melindungi komputernya sendiri," kata Facebook. tidak hanya antivirus yang di berikan oleh syarikat tersebut tetapi juga memberikan senarai link-link URL yang masuk dalam senarai hitam. Tentunya laman tersebut memang berbahaya bagi pengguna internet. Senarai hitam URL tersebut diperolehi dari database URL black list di McAfee, Norton, Microsoft, Sophos, dan Trend Micro. perlu kita ketahui bahawa kandungan-kandungan yang ada di facebook adalah kurang daripada empat peratus daripada kandungan berkongsi adalah spam. Untuk itu dengan adanya antivirus tersebut pihak facebook berharap kandungan yang semacam itu semakin berkurangan atau bahkan tidak ada lagi spam. Bagi anda yang ingin mendownload antivirus diatas, sila klik link ini

(sumber: PC Mag)

    Pilih :
  • atau
  • untuk komen