Monday, September 17, 2012

Merawat Bibir Kering

 

Pernahkah anda mengalami masalah bibir kering atau pun pecah? Bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering contohnya kalau dah lama sangat berada dalam bilik berhawa dingin atau kawasan sejuk. Tetapi mungkin ada yang terlupa bahawa pemakaian gincu yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan masalah bibir mengelupas! Sebabnya bahan kimia yang terkandung dalam gincu atau lipstik tu kemungkinan tak sesuai ngan kulit kita.
Petua Merawat Bibir Pecah
Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.
Merawat Bibir Kering
Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar selama 1-2 jam. Selepas tu ambil air rendaman tu dan sapukan pada bibir yang kering. Kaedah ini dikatakan bukan sahaja membantu melembapkan bibir yang kering malah boleh mencegah agar warna bibir yang merah bugar tu tidak hilang serinya.
Petua Melembapkan Bibir Kering
Cara nie che petua selalu juga amalkan. Caranya ialah oles susu pekat pada bibir. Selalunya che petua amalkan waktu petang lebih kurang pukul 5 atau 6 petang dan biarkan ia sehingga pukul 7 atau 8 sebelum mandi. Amalan ini membantu membuang kulit kering yang mati dan melembutkan bibir.
Atau
Kalau tak suka pakai susu (takut kena gigit semut..hehe..) boleh guna cara nie pula. Gosok bibir tu dengan timun. Potong timun nipis-nipis dan tempek atau gosokkan pada bibir yang kering untuk merawatnya.
Atau
Satu cara yang dikatakan bagus ialah dengan menggosok gel lidah buaya. che petua tak pernah cuba cara nie tapi ia dikatakan boleh membantu menyembuhkan bibir yang kering dan pecah-pecah dalam masa yang singkat.

    Pilih :
  • atau
  • untuk komen