Friday, April 6, 2012

Al-Quran Digital Untuk Semua Komputer/laptop

 


Masih ramai yang mencari “Bagaimana untuk mendapatkan perisian membaca al-Quran secara free / percuma?”. Kini  OSS atau Open Source Software (Sumber Terbuka) sekali lagi memberi penyelesaian percuma terhadap permasalahan perisian berbayar. Zekr, adalah sebuah perisian Sumber Terbuka yang membenarkan pengguna untuk membaca, mencari terjemahan ayat serta mendengar bacaan ayat suci al-Quran.

Mungkin bagi mereka yang mempunyai internet berkelajuan baik dapat melayari laman seperti tanzil.net dan sebagainya sebagai cara untuk membaca al-Quran secara online namun bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai internet atau tidak sesuai menggunakan internet.

Kemudahan yang baik dalam agama Islam yang disediakan oleh Zekr ini ianya sesuai untuk pengguna Sistem Operasi Windows, Linux mahupun Mac. Tiada masalah dengan sistem operasi kerana ia dibangunkan dengan JAVA. Kebaikannya terserlah dengan kebolehannya mencari ayat, navigasi dan komenteri. Ia juga boleh diubah suai dari segi bahasa, terjemahan (termasuk dengan terjemahan Bahasa Malaysia / Melayu), pembacaan, komenteri dan tema. Antaramuka ia juga cukup ringkas dan ia tidak seperti perisian lain dimana ia lebih ringan.

Muat turun sekarang melalui laman zekr.org dan selamat beramal. Maka dengan ini  terjawablah soalan seperti “Mana nak cari Al-Quran untuk PC dalam Bahasa Melayu?”.

    Pilih :
  • atau
  • untuk komen