Pernahkan anda mengalami masalah seperti ini?anda tidak dapat membuka
Command Prompt (cmd) komputer anda? Command Prompt merupakan salah satu
kompenen penting dalam sistem operasi Windows,Command Prompt ini
mempunyai banyak kemudahan termasuk membaiki sistem operasi
anda,mengenalpasti virus yang ada pada komputer anda dan sebagainya.
Kebiasaannya,virus komputer akan menyekat anda untuk menggunakan
fungsi ini…Ini kerana dengan menggunakan Command Prompt + sedikit
kemahiran ICT anda dapat mematikan proses sekaligus membuang virus-virus
yang telah menjangkiti sistem operasi anda.
Bagaimanakah caranya untuk memasuki Command Prompt ini?
Windows XP : Klik pada butang Start Windows,kemudian klik pada “RUN” dan taip CMD.
Windows 7 : Klik pada logo windows @ butang Start ,kemudian pada ruangan kosong ” Search programs and files” taip CMD.
Jika anda tidak dapat memasuki perisian tersedia Command Prompt yang
ada pada sistem operasi anda,kemungkinan besar ianya adalah disebabkan
virus.Anda tidak perlu risau kerana anda boleh menggunakan perisian
altenatif yang berfungsi sama seperti Command Prompt ini.
Untuk muat turun perisian tersebut secara PERCUMA,sila ke pautan berikut :