Kemudahan online ini mungkin memudahkan golongan kakitangan usia muda tetapi ia mungkin menimbulkan kesukaran kepada golongan lama berkhidmat terutama yang tidak mahir internet dan komputer. Oleh itu saya
Sediakan secara ringkas bagaimana untuk menggunakan semakan penyata gaji ANM tersebut. Mendaftar terlebih dahulu
- Rajah 1 ANM
- Rajah 2 ANM
- Sebelum menggunakan aplikasi yang disediakan seharusya anda mempunyai no slip gaji. Bolehlah bertanya kepada kerani masing-masing ataupun rujuk slip gaji sebelum ini dibahagian atas sekali.
- Bagi yang belum mendaftar perlu masuk ke http://www.anm.gov.my .
- Klik ‘ e-penyata gaji pada bulatan seperti rajah 1 diatas untuk ke halaman login.
- Sila klik “ pertama kali mendaftar “ seperti dalam rajah 2 diatas
- Masukkan maklumat yang diminta
- Selesai
Sekiranya selesai mendaftar ataupun yang telahpun mendaftar bolehlah terus ke cara yang disediakan ini.
- Laman Utama Home ANM
- Pergi ke http://www.anm.gov.my atau KLIK SINI dan gambar seperti diatas akan dipaparkan.
- Klik ‘ e-penyata gaji pada bulatan seperti diatas untuk ke halaman login.
- Di halaman login sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
- Klik “ Daftar masuk “
- Di paparan profil saya sila klik penyata gaji “ sendiri “
- Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki dan klik “ cari “
- Setelah itu akan terpapar link untuk slip gaji masing-masing.
- Klik sahaja link tersebut, ia akan muat turun/download ke komputer masing-masing.
- Setelah selesai download masing-masing boleh bukanya dengan klik file pdf tersebut.
- Sebelum buka pastikan komputer masing-masing mempunyai perisian adobe reader
- Selesai, semoga berjaya.
Sumber : http://www.anm.gov.my/main.php