Wednesday, March 28, 2012

Pelbagai Setup Komputer yang berguna untuk anda

 

Dibawah ini saya kongsikan kepada anda beberapa tip & info komputer yang mungkin berguna buat anda.

Modem Senyap
 Untuk menghilangkan bunyi bising modem semasa dialing, anda perlu :
 - Klik Start Button
 - Pergi kepada Setting, Control Panel
 - Klik Modem
 - Pergi kepada Properties
 - Klik pada tab Connection di atas
 - Klik pada butang Advanced
 - Pada kekotak Extra Setting taipkan N0

Sambungan Modem
 Anda tentu marah dan kecewa apabila modem anda tiba-tiba terputus. Ini adalah tip untuk terus bersambung.
 Klik Start, Setting dan Control Panel. Klik ikon Modems. Klik Properties, Connection dan klik bebutang Advanced. Dalam kekotak teks Extra Settings, taipkan S10=50.
 Arahan ini adalah untuk mengarahkan modem bersambung sebanyak tambahan lima saat jika talian terputus.

Reset Bios
 Shut downkan computer. Buka casing cpu cari mana bateri bios tu ... di situ ada satu bahgian jumper ( 3 pin ) dengan satu 'jumper caps' yang tutup 2 daripada 3 pin tu...!!
 ( ditutup pada pin no 1&2 - )

 Buka jumper caps tu pada 2 pin ( no 1&2 ) dan cucuk balik pada jumper pada pin no 2& 3 ...
 ( tgh dan pin yg tak ditutup pada awal setting tadi )...
 biar selama 5 saat... dan pasang semula spt asal...
 masukkan jumper caps pada pin 1&2 semula. Semasa melakukannya pastikan offkan suis letrik.

Melajukan Dail tone
 Start menu > Setting > Control Panel > klik Modem
 Properties > Connection > Advanced > Dlm kolum Extra Settings sila taipkan s11=50

Restart komputer dengan 2 klik sahaja
 1. Cipta New Shortcut yg baru pd Desktop.
 2. Pada ruang command line, paste arahan ini:
 C:\WINDOWS\RUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindowsEx 0x2
 3. Klik Next
 4. Namakan shortcut sebagai Restart
 5. Klik Finish

Mengubah Registration Windows
 Kalau nak ubah Registration Windows menggunakan registry file
 Pergi kat HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion
 klik kanan > New > String value
 Kalau Registered Owner rename file
 rename kan file tadi menjadi > RegisteredOwner
 pastu dwi klik dan taip le Owner name
 Cth: WarCrewz

Kalau Register Organizer
 rename kan file tadi menjadi > RegisteredOrganization
 pastu dwi klik dan taip le Company Organizer
 Cth: WarCrewz Inc.
 Pastu klik kanan kat my computer > properties

Memori (RAM) tak cukup
 1.select wallpaper none
 2.jangan bukak lebih dari 1 program dalam sesuatu masa...sat gi 'hang'
 3.off semua program yg run kat windows..tekan ctrl+alt+del off semua program kecuali 'explorer' & 'systray'

Scan Disk & Disk Defragmenter 1

 Biasanya kalau kita nak jalankan program ini kita akan buka melalui Start > Program > Accessories > System tools > Scandisk/Disk Defragmenter.
 Program ni selalunya akan memakan masa yang panjang. Jadi tips untuk mempercepatkan program ini, kita 'end task' program-program lain yg sedang berjalan semasa kita dalam 'environment' windows. Caranya begini.
 1. Tekan serentak CTRL + ALT + DEL.
 2. Apabila keluar satu paparan window 'close program', kita highlightkan program-program lain selain EXPLORER dan kita klik END TASK untuk menutup program tersebut.
 Buatlah satu persatu dengan cara CTRL + ALT + DEL (End Task) sehingga habis program tersebut KECUALI program EXPLORER sahaja yang tinggal. Sesudah itu barulah kita mulakan program Scandisk atau pun Disk Defragmenter yang nak kita jalankan.

Scan Disk & Disk Defragmenter 2
 On komputer anda dalam save mode, kemudian buatlah scandisk dan defragment seperti biasa. Lepastu restart komputer anda. Pasti anda dapat scandisk dan defrag dengan lebih cepat. (Tidak sesuai untuk window XP)

Penggunaan system restore bagi Windows XP
 system restore ini digunakan untuk merestore semua file ataupun apa-apa saja yang telah diinstall dalam komputer anda pada keadaan asal. bagi windows xp terdapat satu system restore wizard yang membolehkan anda me'restore' file anda mengikut tarikh2 tertentu dengan syarat mesti terdapat satu 'restore point'.
 cara-cara hendak membuat restore bagi winXP:
 1. buka help and support dan taipkan 'system restore' pada ruang searchbox.
 2. banyak menu link yang keluar dan pilih "run the system restore wizard".
 3. satu menu baru keluar dengan ada dua/tiga pilihan dan buat pilihan anda sama ada untuk merestore file ataupun membuat restore point.

Shortcut Untuk ShutDown, Restart
 Memula buat shortcut > Klik kanan desktop > New > Shortcut > Rundll.Exe
 Lepas tu klik kanan kat shortcut tadi letak command kat bawah ni
 Untuk ShutDown...
 Shut Down - C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindows
 Untuk Restart Komputer
 Restart - C:\WINDOWS\RUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindowsEx 0x2
 Untuk Restart Komputer tanpa rebooting
 Faster Restart - C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindowsexec

Shortcut Key Windows
 Untuk melajukan serta memudahkan kerja anda, gunalah shorcut key yang disenaraikan di bawah ini..
 window+d untuk minimize/maximize window
 window+e untuk buka windows explorer
 window+r untuk buka RUN
 window+f untuk SEARCH
 window+l log off user
 window+u utility manager

Singkatkan reboot
 Reboot selalunya digunakan untuk mengemaskini sistem komputer setelah sesebuah perkakasan telah dimasukkan atau sesuatu software di save didalam komputer dimana arahan meminta komputer di rebootkan. Kita 'restart' komputer kita dengan adanya arahan restart pada menu SHUTDOWN (untuk OS Windows) tapi disini terdapat satu cara untuk mempercepatkan reboot. Anda pilih 'restart', kemudian sebelum anda menekan 'ok', anda tekan dan tahan (hold down) butang shift sebelah kanan keyboard diikuti dengan butang 'ok'. Dengan cara ini, komputer akan 'skip' detecting hardware dan konfigurasi sistem dan ini menjimatkan masa anda yang mempunyai banyak software dan hardware untuk di'install'

Mengubah Icon Pada Start Menu

 Nak Ubah Icon kat start menu
 memula pegi kat regedit ( start > run > regedit )
 cari ni HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\explorer\Shell Icons
 klik kanan New > String Value Letak no 19 sebagai name kat string value tu pastu dwi klik letaklah tempat file tu cth: "C:\My Documents\Icon\Marjuana.ico"
 pastu restart computer Ngam Whoo...

 Kalau nak ubah Documents kat start menu pun cam tu cuma ubah no 19 ke  no 20 dan letak lah location

 Contoh
 No 19 - Icon Program
 No 20 - Icon Documents
 No 21 - Icon Settings
 No 22 - Icon Find
 No 23 - Icon Help
 No 24 - Icon Run
 No 27 - Icon ShutDown
 No 43 - Icon Favorites
 No 44 - Icon Log Off

Lajukan Defrag
 1. Klik Kanan My Computer.
 2. Properties
 3. Performance.
 4. Virtual Memory.
 5. Let me specify my own virtual memory settings.
 6. Disable Virtual Memory.
 7. OK, Yes, Close & restart komputer.
 8. Defrag.
 9. Ulang Langkah 1 - 4. (Untuk mengembalikan Virtual Memory kepada keadaan asal).
 10. Let Windows manage my virtual memory settings.
 11. OK & restart komputer.

Jika PC selalu reboot sendiri berulangkali
 Jika PC anda selalu reboot berulangkali hingga menganggu kerja anda, tak sempat nak save file dan sebagainya, Buka chasing, tanggalkan RAM dan batri bios. Hidupkan PC selama 5 minit. Ia akan berbunyi tit tit kerana ketiadaan RAM (Jangan Takut). Lepas 5 minit tutup PC anda dan pasangkan semula RAM, batri bios dan chasing kemudian hidupkan PC anda seperti biasa. InsyaAllah tidak akan selalu reboot berulangkali lagi kecuali ada kerosakkan hardware seperti RAM contohnya. Jangan gunakan RAM yang berlainan jenama kerana ia menjadikan pc tidak setabil.

Tanda - tanda jika pc kita telah dijangkiti virus

 

Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus?

Tanda - tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut : -


  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
  • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  • Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
  • Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
  • Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  • Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
  • Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
  • Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
  • Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
  • Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
  • Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
  • Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Cara Menggunakan pintasan @ "Shortcut Key" pada komputer

 


Pada hari ini saya ada sediakan beberapa pintasan mudah yang pasti berguna terutama kepada mereka yang masih baru dalam bidang ini. Selamat Mencuba!

Shut down

Untuk shut down tekan kekunci Alt + F4

Memilih File
 Untuk memilih beberapa file sekali gus yang tidak tersusun tekan Ctrl dan klik kiri pada file

Select All, Copy, Paste dan Save
 Untuk Select All tekan kekunci Ctrl + A, Untuk Copy tekan kekunci Ctrl + C, Untuk Paste, tekan kekunci Ctrl + V dan Untuk Save tekan kekunci Ctrl + S. Untuk Un do tekan Ctrl + Z

Untuk menghentikan "downloading web page"
 Selain dari klik pada ikon stop pada taskbar, anda boleh juga menekan kekunci Esc.

Untuk membuka link dalam satu tetingkap baru
 Selain dari klik kanan >Open Link in New Window. Anda boleh juga menekan kekunci Shift serentak dengan klik kiri dengan meletakkan penunjuk tetikus pada link yang dikehendaki. Ini sangat berguna apabila kita melayari laman web yang banyak mengandungi image.

Pintasan ke 'Start'
 Selain daripada menggunakan tetikus atau kekunci berlogo Windows untuk pergi ke Start, anda juga boleh menekan Ctrl + Esc.

Menaip URL pada Address Bar
 Jika anda menggunakan Internet Exploreratau Mozila Firefox. Anda tidak perlu menaip "http://www.google.com" di adress bar, sebaliknya anda hanya perlu taip "google" sahaja dan kemudian tekan Ctrl + Enter. Begitu juga lain-lain URL yang bermula dengan http://www. dan berakhir dengan .com
 - Shift+Enter: Untuk alamat .net
 - Ctrl+Shift+Enter: Untuk alamat .org

Mencetak dari web
 Untuk mencetak satu frame dari web page, klik kanan dalam frame tersebut dan klik print.

Melihat properties sesuatu fail
 Cara lain untuk melihat properties sesuatu fail ialah dengan menekan ALT + ENTER @ ALT + 2 klik

Membuka satu tetingkap IE baru
 Tekan Ctrl+N, untuk membuka satu tetingkap baru Internet Explorer.

Menamakan (rename) sesuatu fail
Cara lain untuk menamakan semula (Rename) sesuatu fail, ialah dengan menekan F2.

Membuang fail tanpa ke Recycle Bin
Untuk membuang sesuatu fail tanpa dimasukkan ke dalam Recycle Bin dengan segera, anda perlu menekan kekunci SHIFT + DELETE.
Dengan ini anda tidak perlu mengosongkan Recycle Bin.

Menyimpan Url kedalam My Favorite
Tekan Ctrl+D semasa web page itu berada dalam browser Internet Explorer.

Hentikan Fungsi Autoplay
Untuk menghentikan fungsi autoplay ketika memasukkan CD, anda perlu menekan kekunci SHIFT ketika memasukkan cakera padat (CD) anda.

Pintasan ke tapak web baru
Bagi pengguna Internet Explorer @ Netscape Navigator, langkah untuk membuka satu tapak Web baru boleh dipermudahkan dengan menekan kekunci Ctrl dan kekunci O secara serentak. Pelayar Web versi berlainan mungkin menggunakan kekunci L selain kekunci O.
Pintasan untuk Windows Explorer
 -Untuk ke Windows Explorer dengan mudah, anda hanya perlu menekan kekunci ber'logo' Windows serentak dengan kekunci E.

Fungsi kekunci F11
Untuk melihat browser Internet Explorer dalam Full screen mode, tekan kekunci F11. untuk kembali tekan F11 sekali lagi.
Melebarkan dan mengecilkan tingkap
 -Anda hanya perlu klik 2 kali pada 'title bar' untuk membesarkan atau mengecilkan saiz tetingkap anda misalnya internet explorer.

Pintasan web dari desktop
Anda boleh membina pintasan dari desktop ke webpage dengan cara klik kanan pada web page diikuti dengan Create Shortcut.
Masalah untuk bermain games
 -Sekiranya anda telah meng'install' sesuatu games tetapi tidak dapat bermain kerana sistem menyatakan tiada CD walaupun anda telah memasukkan CD
 tersebut, anda perlu copy fail dari direktori patch atau crack dari cd
 tersebut ke dalam folder games itu di hard-disk.

Mempersegarkan (Refresh) paparan
 -Persegar Paparan- Anda boleh membuat pilihan sama ada menekan butang View/Fresh yang terletak pada taskbar atau memanfaatkan
 butang kekunci F5 bagi mempersegar (refresh) pada paparan Explorer. Ini memudahkan anda sekiranya memeriksa kandungan beberapa keping disket secara berterusan.
Melihat permulaan dan akhir dokumen
 -Untuk melihat permulaan sesuatu dokumen, tekan kekunci HOME, untuk melihat akhir sesuatu dokument tekan kekunci END.

Pintasan mudah
 -Anda boleh menggunakan beberapa pintasan yang disediakan pada papan kekunci untuk membuka program tertentu iaitu:
 Tekan kekunci Windows dan :
 E -melancarkan Windows Explorer/My Computer
 R -membuka kotak Run
 F -membuka kotak Find
 F1- melancarkan help
 M -mengecilkan semua tetingkap yang terbuka (untuk membesarkan tekan Shift+Windows+M)

Wednesday, March 21, 2012

Cara menjimatkan storage hardisk

 


Pernah dengar fail .thumbs.db ? Fail thumbs ini biasanya wujud di dalam folder yang mempunyai fail image. Extension .db adalah database. Thumbs.db  sebenarnya tidak diperlukan di dalam komputer anda dan jika dibuang ia tidak akan menjejaskan apa-apa malahan dapat menjimatkan space / storage hardisk anda. Jadi bagaimana untuk membuangnya sekaligus? Ikuti langkah-langkah di bawah :


Langkah 1 : Klik Start > Search

Langkah 2 : Pada ruangan ‘Search for files or folders named:’…taip thumbs.db

Langkah 3 : Pada ruangan ‘Search Options’, tandakan atau tick pada  ’Advanced Options’.

Langkah 4 : Klik pada ‘Search Now’  dan biar semua fail thumbs.db terpapar.

Langkah 5 : Select All atau tekan Ctrl-A untuk memilih semua fail tersebut.

Langkah 6 : Buang kesemua fail thumbs.db tersebut.

Tuesday, March 20, 2012

Mengembalikan fungsi Task Manager

 




Bila komputer anda mengalami masalah Task Manager masalah ketika anda menekan CTRL + ALT + DEL (tanpa plus) dan muncul dialog box seperti berikut




ini mungkin disebabkan oleh DWORD value dalam regedit yang bernilai 0 (null) sudah di ubah menjadi 1 (satu)


Langkah 1

Bersihkan virus pada komputer anda dengan antivirus. Masuk regedit dengan cara menaip regedit pada run men dan tekan enter

Langkah 2

Klik menu Edit kemudian pilih Find dan taipkan kata DisableTaskMgr  kemudian klik Find Next hingga jumpa data seperti berikut



Langkah 3

Mengubah Value data DisableTaskMgr dengan cara double klik pada kata DisableTaskMgr dan ubah angka 1 (satu) menjadi 0 (null) dan tekan ENTER atau klik OK dengan maksud agar Task Manager di enablekan

Langkah 4

Tutup regedit dan cuba tekan CTRL + ALT+ DEL

Mengembalikan atau menampilkan Folder Options yang hilang

 

Pernah tak anda mengalami masalahh seperti Folder Options tiba-tiba hilang ? pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda semu cara-cara untuk mengembalikannya semula.

Langkah 1
Bersihkan virus pada komputer anda dengan antivirus. Setelah komputer anda bersih dari virus ikuti langkah 2

Langkah 2
masuk regedit dengan cara klik start - run dan taipkan regedit
dan tekan Enter. seterusnya tekan pada keyboard Ctrl-F atau dari menu klik Edit - Find
maka akan muncul kotak pencarian/find berikut :



Langkah 3

Taipkan NoFolderOptions  pada Find What dan klik Find Next sehingga jumpa data seperti berikut :



Langkah 4

Klik kanan pada NoFolderOptions dan pilih Modify kemudian ganti value data 1 menjadi 0 dan tekan OK sehingga datanya akan berubah menjadi seperti gambar berikut :



Langkah 5

Tutup regedit dan cuba jalankan Windows Explorer, bila belum muncul juga Folder Options maka restart komputer anda dan cuba sekali lagi buka Folder Options pada Windows Explorer.

Mengembalikan "Run" pada Start Menu

 

Serangan virus membuat Run yang berada pada Start Menu menjadi tidak dapat dilihat kerana virus mengubah value data dari NoRun dalam regedit. (selain serangan virus, Run juga boleh dengan sengaja disembunyikan oleh admin komputer).

Jika anda mengalami hal seperti di atas (Run hilang) maka jangan panik dan lakukan langkah-langkah berikut ini :

langkah 1

Bersihkan virus dari komputer anda dengan antivirus yang bersih (avast, avg yang free edition)

langkah 2

Setelah komputer bebas dari virus, jalankan regedit dari command prompt (C:\>) caranya klik start, all programs, accessories, command prompt, kemudian klik pada regedit dan Enter.

langkah 3

Setelah masuk pada regedit klik pada menu edit, find sehingga muncul kotak pencarian/find seperti pada gambar berikut



seterusnya klik norun pada find what dan klik Find Next sehingga berjumpa data seperti gambar di bawah ini, lanjutkan dengan menekan F3 pada keyboard jika tidak jumpa data seperti di bawah ini




langkah 4

Gantikan value data dari NoRun yang sebelumnya 1 menjadi 0 dengan cara dua kali klik (double click) pada NoRun sehingga muncul kotak Edit DWORD Value seperti di bawah




Gambar di atas menujukkan bahwa value data NoRun adalah 1 yang bererti ON.

Ubahlah angka 1 pada value data menjadi 0 dan tekan OK sehingga menjadi seperti gambar di bawah ini



langkah 5

Tekan F3 untuk melanjutkan pencarian data NoRun yang lain, bila terjumpa maka lakukan langkah 4, lakukannya secara  berulang hingga semua value data 1 (ON) menjadi 0 (OFF) sehingga selesai.

Langkah 6

Tutup regedit dan restart windows anda, perhatikan apa yang terjadi, Run sudah kembali pada posisinya semula.

117 ARAHAN UNTUK WINDOWS bagi fungsi RUN

 


Hari ini saya ingin kongsikan bersama anda semua singkatan yang biasa digunakan menggunakan fungsi RUN
(klik Start - Run).

1. Accessibility Controls - access.cpl
2. Accessibility Wizard - accwiz
3. Add Hardware Wizard - hdwwiz.cpl
4. Add/Remove Programs - appwiz.cpl
5. Administrative Tools - control admintools
6. Automatic Updates - wuaucpl.cpl
7. Bluetooth Transfer Wizard - fsquirt
8. Calculator - calc
9. Certificate Manager - certmgr.msc
10. Character Map - charmap
11. Check Disk Utility - chkdsk
12. Clipboard Viewer - clipbrd
13. Command Prompt - cmd
14. Component Services - dcomcnfg
15. Computer Management - compmgmt.msc
16. Control Panel - control
17. Date and Time Properties - timedate.cpl
18. DDE Shares - ddeshare
19. Device Manager - devmgmt.msc
20. Direct X Troubleshooter - dxdiag
21. Disk Cleanup Utility - cleanmgr
22. Disk Defragment - dfrg.msc
23. Disk Management - diskmgmt.msc
24. Disk Partition Manager - diskpart
25. Display Properties - control desktop
26. Display Properties - desk.cpl
27. Dr. Watson System Troubleshooting Utility - drwtsn32
28. Driver Verifier Utility - verifier
29. Event Viewer - eventvwr.msc
30. Files and Settings Transfer Tool - migwiz
31. File Signature Verification Tool - sigverif
32. Findfast - findfast.cpl
33. Firefox - firefox
34. Folders Properties - control folders
35. Fonts - control fonts
36. Fonts Folder - fonts
37. Free Cell Card Game - freecell
38. Game Controllers - joy.cpl
39. Group Policy Editor (for xp professional) - gpedit.msc
40. Hearts Card Game - mshearts
41. Help and Support - helpctr
42. HyperTerminal - hypertrm
43. Iexpress Wizard - iexpress
44. Indexing Service - ciadv.msc
45. Internet Connection Wizard - icwconn1
46. Internet Explorer - iexplore
47. Internet Properties - inetcpl.cpl
48. Keyboard Properties - control keyboard
49. Local Security Settings - secpol.msc
50. Local Users and Groups - lusrmgr.msc
51. Logs You Out Of Windows - logoff
52. Malicious Software Removal Tool - mrt
53. Microsoft Chat - winchat
54. Microsoft Movie Maker - moviemk
55. Microsoft Paint - mspaint
56. Microsoft Syncronization Tool - mobsync
57. Minesweeper Game - winmine
58. Mouse Properties - control mouse
59. Mouse Properties - main.cpl
60. Netmeeting - conf
61. Network Connections - control netconnections
62. Network Connections - ncpa.cpl
63. Network Setup Wizard - netsetup.cpl
64. Notepad notepad
65. Object Packager - packager
66. ODBC Data Source Administrator - odbccp32.cpl
67. On Screen Keyboard - osk
68. Outlook Express - msimn
69. Paint - pbrush
70. Password Properties - password.cpl
71. Performance Monitor - perfmon.msc
72. Performance Monitor - perfmon
73. Phone and Modem Options - telephon.cpl
74. Phone Dialer - dialer
75. Pinball Game - pinball
76. Power Configuration - powercfg.cpl
77. Printers and Faxes - control printers
78. Printers Folder - printers
79. Regional Settings - intl.cpl
80. Registry Editor - regedit
81. Registry Editor - regedit32
82. Remote Access Phonebook - rasphone
83. Remote Desktop - mstsc
84. Removable Storage - ntmsmgr.msc
85. Removable Storage Operator Requests - ntmsoprq.msc
86. Resultant Set of Policy (for xp professional) - rsop.msc
87. Scanners and Cameras - sticpl.cpl
88. Scheduled Tasks - control schedtasks
89. Security Center - wscui.cpl
90. Services - services.msc
91. Shared Folders - fsmgmt.msc
92. Shuts Down Windows - shutdown
93. Sounds and Audio - mmsys.cpl
94. Spider Solitare Card Game - spider
95. SQL Client Configuration - cliconfg
96. System Configuration Editor - sysedit
97. System Configuration Utility - msconfig
98. System Information - msinfo32
99. System Properties - sysdm.cpl
100. Task Manager - taskmgr
101. TCP Tester - tcptest
102. Telnet Client - telnet
103. User Account Management - nusrmgr.cpl
104. Utility Manager - utilman
105. Windows Address Book - wab
106. Windows Address Book Import Utility - wabmig
107. Windows Explorer - explorer
108. Windows Firewall - firewall.cpl
109. Windows Magnifier - magnify
110. Windows Management Infrastructure - wmimgmt.msc
111. Windows Media Player - wmplayer
112. Windows Messenger - msmsgs
113. Windows System Security Tool - syskey
114. Windows Update Launches - wupdmgr
115. Windows Version - winver
116. Windows XP Tour Wizard - tourstart
117. Wordpad - write