Wednesday, August 29, 2012

Mencintai dan Dicintai

 




Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang
mudah kita kecapi, apatah lagi
sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan
yang sejati sepanjang hidup.
Ianya amat sukar, namun bukan bererti
tiada langsung peluang untuk
kita gapai…..


Apabila kita bertemu dengan insan yang
benar-benar kita sayangi dan
kita mengharapkan seribu kebahagiaan
yang mungkin kita perolehi
daripadanya, mungkin suatu hari nanti
dia akan berpaling dan
mengecewakan hati kita. Namun, apabila
kita dianugerahkan dengan
kehadiran seorang insan yang benar-
benar menyayangi dan luhur
kasihnya pada kita…apa mungkinkah kita
juga akan kasih dan sayang
akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti
sekiranya kita
mengecewakannya? ?


Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur,
akan lumrah alam
percintaan. Pilihan terletak ditangan
kita sendiri. Tanyalah pada
sang hati, jangan pula ditanya sang
selera atau sang nafsu, kerana
keduanya hanya memberi janji palsu
kepada kamu kelak


Tentukanlah pilihan yang kamu pasti
bisa jalaninya…Bak kata
pepatah, “Kalau tidak sanggup dilanda
ombak, jangan sesekali berumah
di tepi pantai “. Ertinya, andainya
anda tidak sanggup menghadapi
cabaran jangan sesekali berani
mengambil risiko.


Keinginan dan apa jua permintaan kita
pasti dituruti apabila
kita memilih untuk disayangi oleh
seseorang. Setiap masa dan ketika,
hanya akan ada bayangan kita di dalam
benak si pencinta So? Anda
mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah
terdetik kata dihati, “bagus
juga disayangi macam ni…..” ,
teruskanlah dengan pilihan yang ini…
Namun, andai kata hati berkata “Boleh
ke aku hidup dengan dia??” ,
Maka hentikanlah daripada terus
menerima pilihan untuk disayangi
Khuatir nanti, suatu ketika kita akan
mengecewakan hati si pencinta
pula…


Andai terdetik dihati untuk mencintai
seseorang yang belum
pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan
belum tentu lagi kamu akan
tersenarai dalam “list” pilihan
hidupnya, bersiap sedialah teman-
teman!!! Hahaha…


Akan ada beribu rintangan di hadapan
kamu nanti yang sedia menanti .
Namun, andainya kamu jenis yang berani
mati demi mempertahankan
cinta, teruskanlah dengan pilihan
kamu. Teruskanlah dengan
pengorbananmu itu dan rebutlah cinta
yang kamu impikan…..InsyaAllah ,
ada cahaya yang menanti dihujung
perjalanan kamu kelak


Tiada siapa yang berhak menetapkan
pilihan hati kamu, semuanya
berbalik kepada diri kamu sendiri…
namun, sedikit tips daripada
saya dan inilah juga yang saya pegang
setiap kali terjerat dengan
cinta…


“Ikhlaslah bila menerima cinta
seseorang yang benar-benar cintakan
kita, dan janganlah pula berlebihan
mencintai seseorang yang kita
belum pasti cintanya untuk kita, dan
jangan melebihi cintakan yang
lain daripada cinta kita pada yang di
Atas dan diri kita sendiri “….


Monday, August 27, 2012

Teka teki Imam Ghazali

 


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :


Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benarTetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itujanji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benarTetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapunkitaapapun kenderaan kitatetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang laluOleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'. 

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?' 
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.' 

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?' 
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ' 

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

Wednesday, August 22, 2012

Nama - Huruf pertama

 


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
 
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Tuesday, August 14, 2012

Cerita-cerita lucu

 


Rumput dan Kuda   

Seorang  guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.   
Cikgu : "Lukisan apa yang kau  buat nie Abu, kosong je?" 
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"   
Cikgu : "Rumputnya mana?"   
Murid : "Sudah habis dimakan  kuda, cikgu," 
Cikgu : "Habis  tu, kudanya mana?" 
Murid :  "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di  situ?" 
ade g...   



Pengemis gila   
Pengemis : Pak Cik!  Kasihanilah saya, saya orang bisu. 
Bapak : La? Orang bisu tak kanbleh cakap lak?   
Pengemis : Eh, salah! Orang  tuli, Pak Cik! 
Bapak : Tak  kanbleh  mendengar? 
Pengemis : Eh,  bukan! Orang buta, Pak Cik! 
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang  receh)Tidak ada duit!! 
Pengemis : Itu ada tiga ratus !   
Bapak : Katanya buta, tak  kanboleh  melihat? 
Pengemis : Salah  lagi. Orang gila, Pak Cik!! 
ader g... 



Demam Malaysian Idol   
Disebuah  majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan  nama sebenar) : 
Kadi :  Hassan... 
Pengantin Lelaki :  Saya ustaz... 
Kadi : Dengar  baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan  mas kahwinnya RM 80 tunaiii" 
Pengantin  Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas  kahwinnya RM 80 tunaiiii" 
Kadi  : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama) 
Saksi  Pertama : Sah 
Kadi  : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua) 
Saksi  Kedua : Sah 
Kadi :  Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga) 
Saksi  Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar  apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde  feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya  ditahan..falseto lemah... 
p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik..  . 
ader g...   



Wanita dan Lelaki Tua   
Seorang  wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di  serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria  aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"   
"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum  arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam",  kata lelaki itu. 
"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia  encik sekarang? 
"Dua puluh empat." 
aderrr g..   





Isteri Tersayang   
Seorang  lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam  bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada  isterinya. 
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya  dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di  sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang  daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk  menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara  dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun  pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati  ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:   



To : Isteri kesayanganku 
Date : 16 May 2002 
Subject :  Abang telah selamat sampai 
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan  kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini  dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan  kita. 
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.  Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari  esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini  nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.   
ade g  ke...??? 



Teliti itu penting!   
Sekumpulan  pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan  pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu  diletakkan.. 
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting  untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu. 
"Pertama.., kamu semua  tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu  mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat  jarinya itu. 
"Sekarang, cubakamu buat", kata pensyarah  itu. 
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka  lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya.  Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan  berkata.... 
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang  tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.  .... 



SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... .PAHAM!!! !!   
ade g  kerrrr???? 
 tak  derrr dah....

Monday, August 13, 2012

Rahsia Tauge

 



Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Cara Untuk Hapuskan Lipas

 


Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
 
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
  • Sediakan botol yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
  • Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
  • Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbuk kopi atau koko dalam botol.
  • Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
  • Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
  • MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
  • Jangan biarkan sampah sarap di rumah
  • Selalu cuci bilik air
  • Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
  • Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
  • Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
  • Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
  • 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
  • Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
  • Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Mengurangkan lebuhraya lipas
  • Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
  • Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
  • Begitu juga di ceiling.
Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.

Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
  1. Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
  2. Dua bahagian tepung gandum
  3. Satu bahagian koko
  4. Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
  5. Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
  6. BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.